SOFTSILL : WOODEN STACKING BLOCK

Aktiviti terkini |19 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Bukit Tingkat

Ringkasan Aktiviti :
• Wooden Stacking Block adalah permainan menyusun blok kayu jenis binaan kayu yang boleh bertindan dan mempunyai 48 batang kayu.

Tujuan :
• Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji kebolehan peserta bermain susunan blok kayu supaya tidak runtuh dan kecekapan peserta untuk mengira dalam operasi tambah.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Petugas menerangkan cara bermain wooden stacking block kepada peserta.
• Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk bermain permain ini.
• Peserta diminta untuk menyusun 48 batang kayu tersebut.
• Kemudian, peserta perlu melemparkan 4 buah dadu yang mempunyai nombor dan menambahkan jumlah yang terdapat pada permukaan dadu tersebut.
• Lalu, peserta perlu mengeluarkan nombor pada kayu blok mengikut jumlah yang telah dikira pada dadu tersebut.
• Blok kayu yang telah dikeluarkan perlu disusun semula pada bahagian atas. Kemudian, peserta ulang permainan ini sehingga 5 pusingan.
• Peserta yang tidak membuat sebarang keruntuhan pada blok kayu dikira sebagai pemenang.
• Aktiviti bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Menguji kebolehan peserta untuk menyusun blok kayu supaya tidak runtuh.
• Menguji kecekapan peserta untuk mengira dalam operasi tambah.
• Memupuk semangat kerja berkumpulan untuk menyelesaikan permainan ini.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :