PEMILIHAN DAN LATIHAN PASUKAN MOBILE LEGENDS

Aktiviti terkini |19 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Bukit Tingkat

Ringkasan Aktiviti :
• Pemilihan pasukan Mobile Legends telah berlangsung di NADI Bukit Tingkat pada 19 september 2024. Seramai 6 orang peserta telah dipilih untuk mewakili pasukan Mobile Legends bagi NADI Bukit Tingkat. Peserta telah diberikan latihan perlawanan untuk meningkatkan kemahiran permainan dan juga mendapatkan nilai kerjasama, keserasian dan komunikasi dalam pasukan.

Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk memanfaatkan populariti dan penglibatan E-Sukan untuk menyediakan alternatif laluan pendidikan yang menarik dan berkesan.
• Program ini juga akan membangunkan semangat kerjasama berpasukan dan jaringan komuniti di seluruh Malaysia.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Petugas memberi taklimat dan prosedur perlawanan bagi mewakili negeri Pahang yang akan diadakan pada bulan Oktober.
• Setiap peserta perlu memberikan maklumat aplikasi Mobile Legends kepada petugas.
• Petugas membuka lobi untuk peserta sertai latihan permainan sebanyak 3 perlawanan.
• Kemudian, peserta mengadakan perbincangan ketua pasukan, nama pasukan dan membina logo pasukan.
• Aktiviti bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan pemikiran strategik dan kemahiran menyelesaikan masalah.
• Memperbaiki kebolehan kerja berpasukan dan komunikasi.
• Meningkatkan kesedaran tentang keseimbangan antara permainan dan aktiviti lain.
• Membentuk bakat untuk menjadi pemain profesional dan kemahiran untuk peluang pekerjaan berkaitan.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :