ROBOTIC HAND

Aktiviti terkini | 14 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Bukit Tingkat

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini diadakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
• Seramai 8 orang peserta telah menyertai aktiviti Robotic Hand ini.

Tujuan :
• Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memupuk minat peserta dengan aktiviti-aktiviti STEM sekaligus dapat meningkat pengetahuan peserta mengenai projek Sains membuat Robotic Hand.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti bermula pada jam 3.00 hingga 5.00 petang.
• Peserta diberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti Robotic Hand.
• Barang-barang yang digunakan untuk membuat Robotic Hand adalah kertas warna, tali, straw, double tape dan gunting.
• Kemudian, peserta perlu menekap dan melakar tapak tangan sendiri.
• Peserta perlu menampal straw yang telah dipotong pendek-pendek pada setiap jari dan memasukkan tali ke dalam straw pada setiap jari.
• Selepas itu, peserta perlu menampal tali pada straw dengan double tape supaya tali tidak bergerak.
• Setelah menampal straw dan tali, peserta diminta untuk membuat demo mengerakkan jari-jari dengan menarik tali yang terdapat pada jari tersebut.
• Sesi bergambar dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk minat peserta dengan aktiviti-aktiviti STEM.
• Menambah pengetahuan dengan pelbagai projek Sains.
• Mengisi masa terluang semasa cuti sekolah.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :