Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)



Sejarah

Kampung Bukit Tingkat terletak kira – kira 9km daripada Bandar Temerloh. Jumlah penduduk di Kampung Bukit Tingkat beranggaran lebih kurang 1748 orang penduduk. Kampung Bukit Tingkat berada di bawah pentadbiran JPKK Kampung Paya Jejawi yang dimana aktiviti penduduk setempat lebih tertumpu dalam bidang perniagaan seperti pertanian, penternakan dan hasil kampung. Kampung Bukit Tingkat juga dikatakan sebagai kawasan penempatan yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Klinik Desa, Pekan Sehari Temerloh, dan tempat beriadah iaitu Kampung Stay Desamurni. Selain itu, terdapat juga kemudahan fasiliti seperti gelanggang Futsal, taman permainan, Pejabat Penghulu, Surau, Masjid dan Tabika Kemas.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


BASIC ICT: REMOVE AND ADD BACKGROUND

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2024

Remove.bg adalah aplikasi yang digunakan untuk memadam dan edit background gambar secara automatik dan menarik...baca selanjutnya

PROGRAM OUTREACH KWSP TEMERLOH DI PEDi

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024

Program Outreach kolabrasi bersama KWSP ini dianjurkan khusus buat komuniti berhampiran Kampung Bukit Tingkat dan penduduk berdekatan...baca selanjutnya

ROBOTIC HAND

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2024

Aktiviti ini diadakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah....baca selanjutnya

BASIC SELLER SHOPEE & CHATGPT

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2024

Kelas usahawan ini adalah kerjasama bersama Rakan Digital PEDi Bukit Tingkat, Rakan Digital Bukit Cermin serta Pusat Komuniti Desa Kerdau, Temerloh...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti